Saturday, May 23, 2009

minggu yang panjang

Lame sungguh tak mengarang pape dekat blog ni. dah bersarang gamaknya. selamatlah dapat aku curi masa yang terluang nak "hapdet" sikit kat dalam entry ni.

dah lame tak update sebab last week ditugaskan ke Banyumas. Lokasi kira-kira setengah perjalanan dari Jogja ke Bandung. Tu kira my excuse la sebab tak dapat nak taruk entry baru. well, here i am now. Dah takde lagi luar kota untuk Stase Bedah. Abis dah. hehe.

Minggu ni terasa lama sungguh bergerak. Banyak sungguh aktiviti yang berlaku.

WISUDA @ KONVO

yurp.. last Tuesday was my convocation day..

ANNUAR MUHAMMAD ZULJAMAL B OSMAN S.KED

ye saya.. saya dah ada gelaran Sarjana Kedokteran. Betul!!! BSc.. inilah hasil belajar selama 3 tahun setengah kat UGM. Mak ngan Abah datang ke jogja. Yela, anak mereka wisuda. Rasa sangat best sebab seluk poket je mesti ada duit. Taka macam selalu. Kena seluk poket member kalo nak makan. huhu. Terasa kurang sebab abang, dua orang adik aku ngan tunang tersayang tak datang. Inilah kalo belajar jauh.
Seperti biasa, dapat tangkap-tangkap gambar even tak banyak. Tapi aku sedih sebab tak dapat nak bergambar satu batch dan baling topi wisuda tu. Jom la wei. Kita men baling-baling lagi. Sekali pon takpe..


HOLIDAY @ BANDUNG

Besoknya setelah wisuda, aku bergerak bersama Mak ngan Abah ke Bandung. For the 1st time aku naik train kat Indonesia. Not bad sebab aku bole tidur. Sampai je Bandung, dapat dok satu hotel yang aku rasa sangat-sangat selesa walaupun tanpa bintang. Hotel Royal Merdeka. Betul-betul je abis mandi, mak dah ajak pergi Pasar Baru. Serius Heaven bagi shopaholic. Semua benda murah. Kira Bringharjo jogja la. Banyak gak beli-beli barang. Tapi semuanya barang-barang perempuan seperti telekung, baju dan sebagainya.

Habis je dari pasar baru, my turn. haha. FOS. Syurga muda-mudi. Dari tadi aku seperti orang yang berpuasa 2 hari tanpa makan, aku transform jadi orang yang lupa untuk makan. Best sungguh pergi dengan orang tua saya. Main amik je baju ke, seluar ke. Mak tak habis-habis suruh convert ke harga Ringgit Malaysia. Alhasil, akan terperanjat dengan kemurahan harganya. Penat gila that dat because pukul 7 malam, aku dah kena amik train untuk balik semula ke Jogja. Gilakan. Ke bandung hanya untuk sehari. Well,itulah namanya pengalaman. dari tak pernah naik train,siap dapat naik train 2 kali dalam satu hari. ni pun tak habis penat lagi. Pagi besok nak jemput Mak ngan Abah kat stasiun Kereta Tugu. Penat tapi hati puas..

Friday, May 1, 2009

my 1st nosocomial infection

Ni la buat pertama kalinya aku kena penularan penyakit kat hospital. This week, aku ditugaskan di Sleman. 15 minit perjalanan dengan kecepatan 90km/jam. Tak jauhkan? Tapi rasa sakit kalo bawak moto hari-hari ulang-alik. Penat seyh..

Aku nak cita pasal sakit aku. Dugaan sungguh. CONJUNCTIVITIS. Ni la penyakit aku. Aku kena semalam.

Sebenanya, aku tak perasan pon. Pasien aku ni baru abis operasi papilloma. Aku tengok mata die,merah. Budak lagi pasien aku ni. Budget die menangis la. Yela,baru kena operasi.Tak pulak aku perasan mak budak tu. After that, aku jaga Poliklinik. Mata aku dah stat gatal. Ingat masuk habuk ke apa ke.

Petangnya, another follow up pasien. Sampai kat pasien aku td, mak die dah pegang kain tutup mata kanan die. Shit.. Dr cakap conjunctivitis. Thats it.. Inilah hasilnya..




Macam juon plak aku tengok. Nauzubillah. Dah banyak ubat aku titiskan dah. Yang terbaru cendo xitrol. Skang ni dah flu plak..Ya ampun.. Doakan saya sehat..

p/s: sebenanya nak update kisah seminggu di Klaten tapi tak berkesempatan. Nanti-nanti la ye..
 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket