Monday, April 13, 2009

Ko-Ass

Harini adalah hari pertama aku menjejak kaki ke alam Ko-Ass. Kalo kat malaysia kira sama tahap macam clinical rotation la. Orang UGM panggil dunia barat sebab ape? Sebab lokasi RS Sardjito ni bahagian barat Kampus UGM.


Seperti yang termaktub dalam entri lepas, 1st department aku adalah Bedah. Punya semangat arini, terbangun pukul 0515 wib. Kuden siap dah mandi pukul 0530wib. Melampau kan tahap semangat kami. Mungkinkah sekadar hari pertama sahaja? Kita tunggu dan lihat je la ye..

Ape jadi on my 1st day hidup dalam alam ni?? PENAT..TERPANJAT..LEGA

Pehal ko Penat? Haha.. Bayangkan selama duk umah bangun pukul 11 siang.. Sekarang kena bangun pukul 5pagi dan duduk dengar lecture sampai pukul 2? Penatkan? Terperanjat kot badan ni ngan kadaan sekarang. Ambil masa nak besekan diri balik..

Dah tu kenapa hang Terperanjat? Tadaa.. Next week dah kena pergi luar kota. Pergi Klaten seminggu. Next week nya luar kota lagi.. Sleman pulak.. Next 2 weeks pun luar kota juga..Paling jauh.. Banyumas yang berdurasi 4 jam dari jogja..pun lepak sana seminggu..Melepak??ur wish!!

Dah tu Lega nape?? Mana taknya? Time graduation nanti, aku tak pi luar kota. Aku kat stase Bedah Digestif. So, bole la ada ngan mak and abah.. Hehe.. Tapi tak bole ikut pergi Bandung..sedey..

p/s: all the best to my lovely fiancee yang akan wat elective kat zoo negara..jaga diri leklok ye sayang..

Saturday, April 11, 2009

Last Jumpa.. Maybe

Selasa lepas, tepat pada tanggal 7 April 2009 secara rasminya aku bergelar Dokter Muda Annuar Muhammad Zuljamal bin Osman, selepas lama aku menunggu saat-saat ni. Dari start 1st year aku dok tunggu-tunggu this moment. Dah lepas ujian COMPRE pn still kena tunggu. Postponed je manjang.

So on that day la we vow our pledge. Dalam bahasa Indonesia la tapi..of course. hehe.

Brotherhood

Setelah penat di siang hari, malam tu Jas memenatkan kitorang dengan janji kosongnya.. "dekat je ngan prambanan" tu kata Jas..

Actually, brotherhood secara tetiba planning untuk makan malam.. Thanx to if sebab turn dia belanja. Makan seafood. Tapi jarak tempat die jauh namampos. Satu jam lebih naik moto. Melampaukan? Semata-mata nak makan..ish2.. Selamat tempat die worth it.. Siap ada tempat memancing lagi..

The only person yang dapat ikan. Kalah Yek.

Pembawa motor dan motor yang dipinjam.

A day after, keluar la pulak grouping and my whole 1 half year punya schedule. Who am i with in my group??Taraaa.. Ada pong and shanjay represent International Student with another 6 Indonesian students. Tapi tu dalam group kecik. dalam group besar, tambah lagi student lain.

Apa pulak aku punya 1st department?? hambik kau.. BEDAH. Belum pun panas bontot nak biasakan diri ngan Clinical Rotation, dah kena department besar. Tapi takpe.. Positive thinking.. Saya boleh..huhu..

Tengah berdeabar nak tunggu Isnin ni..

Sunday, April 5, 2009

Tanpa Tajuk

Kan dah agak dah. Betul la apa aku rasa 3-4 hari lepas. Betul la apa yang aku fikir selama ni. Kata hati aku tak menipu. Betul. Memang tak jadi.

Ya, fira tak jadi datang.

Punya la tinggi harapan aku nak dia datang. Setiap aktiviti minggu ni aku dah planning dalam palotak aku. Dah kemas bilik pun sebab budget dia nak datang. Beg-beg aku yang bersepah selama ni dah aku gantung kat paku yang Kartte ketuk. Carpet pun dah aku bentang kat dalam bilik. Speaker kat ruang tamu yang mereka guna untuk karaoke pun aku dah tarik masuk dalam bilik. Tinggal sikit lagi je nak di touch up. Tup.. Tup.. " sw u, i xdpt dtg.."

Terpana aku sejenak betul-betul pas aku bangun dari tidur waktu Asar. Baru rasa seronok dengar dia nak datang. Nak gak enjoy dengan dia before aku sibuk ngan rutin harian aku lepas ni. Dah terfikir nak suh die iron kan baju-baju aku untuk KOAS (masuk spital). Nak die tengok hari pertama aku pakai Jas Dr Muda pagi sebelum dia balik Malaysia.

Ya.. Di atas tu cuma khayalan yang tak akan jadi kenyataan.

Mungkin dah tak ada masa free macam ni lepas ni. Kalo ada, for sure di sana tak free. Berat mana pun aku kena terima. Aku tau dia ada masalah. Kalo tak, mesti dah datang.

Its ok. Apa yang kita nak,tak semestinya kita akan dapat. Mungkin akan ada hal yang lebih baik dari ni. Cheer!!

Menulis sekadar untuk menenangkan hati. Rasa geli, jangan baca. Haha.. Khas untuk yang dah bertunang sahaja..

Saturday, April 4, 2009

Membuang Masa Lagi

haaa.. Memandangkan sekali lagi janji KOAS ditunda, bermakna makin lame la masa bohsan aku kat jogja ni. Selamat la member aku ni tak skema. Kira sekepala gak la. Menyanyi. Ya, aku minat gak karaoke. Sekadar mengisi masa lapang.

Penthouse ni cita-cita NK. Dari dulu dok cari orang nak ajak karok kat penthouse. Aku ni takde la sampai macam tu nak menyanyi. Tak perlu la bilik besar gabak nak melolong. Kat umah kontrakkan aku pon jadi je kalo tetiba rasa mood nak bermusik tu datang. Hatta dalam toilet pon jadi. Haha.

So, berkaraoke la aku dengan 14 membe yang lain. Penthouse kat Happy Puppy ni aku rasa bole muat 40 orang kot. Besar gila seh. Dah bole wat konsert kecil-kecilan dalam dia. Dah rasa macam artis gak. Haha.



Penat habiskan suara, masa untuk penatkan telinga ngan mata pulak. Apa lagi, tengok movie la. Premiere cerita Fast & Furious 4. Tengok kat Empire XXI. Cinema baru kat jogja. But cant compete with GSC. Kuden sanggup tunggu depan cineplex dari pkul 9.30 pagi. Dengan tak mandinya. Padahal cinema bukak pukul 11.30 pagi. Ni suma bahana sebab tak tau apa nak wat kat umah. But tak menyesal la kot tengok cita ni kat cinema. Worth it!!




Persoalan lepas still tak terjawab. Aku pun malas nak bertanya. Adakah tak jadi?? Most probably..

Thursday, April 2, 2009

:: : ( ::

Jadi ke tak? mungkin jadi tapi rasa hati berat tak.. ala, takkan la nak letak harapan lagi? Ke aku memang kena berhenti berharap?

Ada peluang lagi ke aku free pasni? Still menunggu kepastian.

Kalo tak jadi, takpe la.
 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket