Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah.Dah sukses hari pertama berpuasa. Puasa tahun ni sedikit berbeza dengan tiga tahun sebelum ni. Apa taknya, tahun ni kali pertama aku berpuasa sambil KOAS. Sememangnya sangat-sangatlah penat dibanding sebelum ni. Apa taknya, puasa aku tahun ni aku lalui sambil rotasi kat Department Anak. Salah satu department super penat sepanjang KOAS. Ditambah lagi tahun ni, wat kali pertamanya aku akan berpuasa di luar kota jogja. Sleman dan Magelang.

Penatnya sedikit ditambah dengan tugas Jaga (on call). Sebagai contoh, semalam je aku kena jaga bangsal dari pukul 2ptg - 7 pg. Oleh kerana terlalu penat, terlepas aku untuk bersahur. Cuma bukak mata, then hanya mampu mengalih badan dan sambung tidur, menunggu masa untuk next balance cairan walaupun ternyata paginya Residen R1 dah mencuri tugas itu dari kami.

Apapun kesibukan yang akan aku lalui for then next 29 days, aku harap aku akan lalui dengan penuh kesabaran. Ramadhan tahun ni diharapkan akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Apa yang tak aku dapatkan sebelum ni, harapnya dapat aku jumpa.

Untuk teman-teman yang mengenali aku, aku memohon maaf sebanyak-banyaknya kalo aku ada wat salah ngan kalian. Mungkin itu niat dari hati ataupun tanpa aku ketahui. Kalo ada hutang-hutang yang aku tak ingat, halalkan la yer. haha. Apa taknya. Biarlah aku mulai bulan suci ini dengan membersihkan diri aku dulu.

Salam Ramadhan untuk semua.

0 comments:

 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket