Wednesday, June 24, 2009

my journey begin

Dalam hitungan jam je, aku dah nak memulakan perjalanan aku merangkap menguji kekuatan aku untuk ke bandung. Apa taknya, journey 32jam yang aku sibukkan tu akan aku mulai malam ni. Train dari jogja tepat 1110 malam ni. Dalam hati sebenarnya aku takdelah rasa macam bermasalah cuma dek pikir aku akan ulang-alik ke bandung macam dari rumah pergi midvalley plak.

Belom cukup ngan penat,aku kena pikir lagi soal exam Sabtu nanti. Apa lah yang akan Prof Armis tanya. Kena la aku berlatih cakap omputeh dalam train. Plus kena la aku study dalam train. Gila skema siot. haha. Kena wat, bia ada ikhlas, baru ilmu masuk..insyaAllah..

Apa perkara pertama aku nak wat besok kat Bandung??? Memula, kena check in hotel. Nak usha kadaan bilik dulu. After that, nak pergi mencari mall terdekat. If im not mistaken hotel tu dekat ngan Bandung Indah Plaza. tapi tak sure. Kalo tak,kena la aku ringankan kaki pergi Paris Van Java.

Ko nak watpe pergi mall pepagi bute???haaa...aku nak tunggu mall bukak,aku nak beli tiket movie Transformers: Revenge of the fallen. Ni sume abang punye pasal la. Dok sibuk nak tengok transformers plak. Ceit.. Abis beli tiket, barulah tunggu kat airport. Pkul bape derang sampai pon den dah lupe..hahaha.. Kena cek airasia balik.


K la..need to pack. tak packing pape pon lagi. Hadoi.. Doakan saya selamat and sukses ujian ya...

Monday, June 22, 2009

Kenangan Terindah

Bohsan dengan aktiviti harian aku for this two weeks. Last week should be my exam weeks. For Department Bedah only. Sepatutnya aku maju kes hari Selasa last week. Antara orang terawal gak la yang setelkan all the materials for amik ujian. Guess wat? Tunda beb dis Saturday. Hangin sungguh satu badan saya. Dah la maju ngan Prof Armis. Orang kata, cakap English je. Cnfirm marks wallaaa.. tp memandangkan aku sedar diri, still gak kena ad ilmu kalo nak ujian. Dia ni Specialist Orthopaedics. Tp ada Sp B.. Specialist Bedah Umum.. So, dengan ini, kena la aku study all the disease dalam bedah. Banyak woo...

Banyak la masalah sebenarnya. adoi... Cuba pikir. Exam dis Saturday. This Thursday Abang, Athirah and Hajar sampai Bandung. So, aku kena bergerak ke Bandung on Wednesday night which the journey take almost 8 hours. Then, Jumaat plak kena balik ke Jogja. Kat situ je tak dapat amik Fira. Another 8 hours. Then Sabtu exam..bengkak pale,ngan letih lagi..adoi.. After that,petang kena pergi Bandung semula.. 8 jam lagi.. Ahad malam, dah kena bergegas semula ke jogja since the next day nya dah masuk Depatment Neurology. Tambah lagi 8 jam.. Bape jam saya dalam train?? Approximately 32 hours.. lebih sehari.. aku akan super duper penat.. Takpela.. Pengalaman punya pasal..hahaha.. Tapi takpe.. Fira stay Jogja until Wednesday.. Die cuti.. Balik Malaysia pn bukan watpape..

Ok.. Now nak tmbah sikit story.. A few days back, aku macam dikelilingi banyak kenangan. i mean kenangan tyme skola rendah.. Aku skang dah digelar manusie SOMBONG oleh mereka-mereka. Ye.. i admit it. Mungkin aku tak pandai cara masa. Lagi satu, aku tak dapat follow story-story yang korunk bawak. Kena la aku update sendiri ngan Sheeda.. Banyak gak cite-cite yang aku tak tau. Ikmal dah ngan Raihanah. An plak keje temporary.. So, i should take my own inisiative untuk tau pasal hal-hal yang jadi kat sana. Aku still ingat korunk. Spice Boys la, study Group la, wat pecah pinggan magkuk kat umah ikmal la, sume aku ingat lagi.. cuma takde masa nak cita balik benda-benda tu ngan korunk.. haha.. emosional pehal aku ni.. Sengal...

InsyaAllah, aku selesai hal aku kat Indonesia ni, aku nak sangat hang out sekalian ngan korunk.. lame dowh tak kua sama..

Friday, June 5, 2009

perang minda

Serabut kepala dengan kadaan yang terjadi kat sini. Bukak je tV, asik-asik keluar kisah Manohara Odelia Pinot. Tukar channel je, lagi-lagi muka dia. Orang sini kata, cun. Aku tengok takde la cun mana pun kalo nak banding tunang aku. Tapi kua kat tv macam Perempuan Indonesia Pertama menang miss World. Sape seh minah ni. Oleh dek sebab dia la, mahasiswa Malaysia sering dijadikan mangsa nasionalisme.

Aku bukan la nak menyokong mana-mana pihak. Nanti nampak aku pulak terlalu nasionalisme. Perang pulak negara yang dah jalin hubungan berpuluh-puluh tahun ni. Mana yang betul, aku tak tahu. Masing-masing pihak membawa cerita tersendiri. Bergantung kepada individu yang memilih untuk memihak yang mana.

Seperti yang dah aku tegaskan tadi, orang sini itu sendiri yang cepat membuat keputusan. Belum ada apa-apa bukti, nak menyalahkan Malaysia. Semua hal berkaitan Malaysia diburuk-burukkan. Yang paling obvious memprovokasi tak lain tak bukan Si Daisy, orang tua Manohara. Yang kasihan tu kami mahasiswa di sini. Pergi ke mana je, tak habis-habis Manohara di seksa.. "Orang Malaysia memang suka menyeksa ke?" kata salah seorang manusia warga sini.

Hati aku ni sakit. Apa taknya. Orang Indonesia ni terlalu significant ngan keluarga aku. Dari orang gaji sampai pekerja Abah aku. Rata-rata orang Indonesia. Pernah Mak ngan Ayah aku seksa derang?? Tak pernah sama sekali. Hatta makan pun satu meja. Kalo pergi mana-mana, ole-ole untuk derang tak pernah pun lupa. Sampai kalo datang Indonesia, dipelawa pulak datang ke rumah. Tu pasal aku sakit hati bila aku dilayan yang ngak-ngak. deym rite??

Apapun, aku tak la sampai membenci orang Indonesia macam sesetengah pihak. Masih ada yang baik untuk dipandang. Dalam minggu ni je, banyak dipertemukan ke aku, orang-orang Indonesia yang baik-baik.

a) Penjual Sandal
Dia tau aku orang Malaysia. Aritu dia letak harga 35k. Aku tawar 25k. Dia cakap, 15k je sebenarnya. Jujur sungguh.

b)Perawat Bedah di Klaten
Kalo pertama kali orang jumpa dia,mesti orang ingat die Staff Bedah. Tapi sebenarnya dia perawat. Sanggup tanya Dr Roman mewakilkan aku. Sampai carikan baju operasi untuk aku supaya aku boleh masuk berjumpa Dr Roman. Aku sanjung kebaikan dia. Very soft spoken.

c)Dr Sunoko
Bukan nak kipas-kipas. Mungkin terkadang beliau ini nasionalisme. Tapi aku tabik cara penanganan dia terhadap pasien. Seboleh-bolehnya diagnosis secara klinis tanpa bantuan pemeriksaan penunjang. Kata beliau, kasihan pasien mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak perlu.

Banyak lagi sebenarnya manusia yang nak aku tulis. Cuma tak ingat bakti mereka terutama ke aku bukan hanya dari segi ilmu. Bila aku sedikit diperli tak kiralah soal MAnohara ataupun cerita pasal Ambalat, mereka-mereka di atas inilah aku ingat. Bukti bahawa tak suma orang Indonesia itu sama.
 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket