Tuesday, September 8, 2009

23 untuk aku

Alhamdulillah.. Tuhan masih bagi aku nikmat umur yang panjang. Dah 23 pun sekarang.

Last night, harijadi aku disambut dengan gempa bumi 6,8 skala richter. Bergegar gak la bilik aku time Fira tengah call.

Thanks kepada sesiapa yang dah wish. Family aku, Fira and all those yang wish aku kat facebook or even kat YM, thank you so much..

Tadi, housemates and coursemate aku buka puasa kat Phuket. Mungkin tally dengan celeb my birthday. Terharu. Thanx sangat-sangat ke sesape yang datang tadi. Ada yang tengah jaga pun datang, baru bangun tidur pun datang.. haha.. Sesapa yang tengah merajuk ke, apa ke, berbaik la di bulan puasa ni.. no offense..hahahaha

THAKSSSS

Monday, September 7, 2009

Nak baby..!!!

Terlalu sibuk selama 2 minggu di Sleman. Sampai tak sempat nak hapdet. haha. Padahal malas sebenanya. Rasa macam dah lame plak tak refresh blog ni. Baru jadi KOAS dah rase macam ni. Apakan pulak nasib setelah habis belajar nanti? Takpe la. Enjoy je selama ada masa terluang ni. haha..

Banyak kot sebenanya aku nak cite dulu. Bila tiba mood nak menulis datang, aku plak rasa dah basi dah those stories. Haha. Nak cerita kat pembaca kadaan sebenar yang terjadi kat Indonesia ni. Especially yang menimpa student-student di sini terutama kat Jogja. Tapi biala. Last-last story la.

2 minggu kat Sleman sebenanya tak terlalu sibuk seperti teman-teman lain di Klaten maupun Banyumas. Paling santai Sleman Magelang kot. Tak terlalu banyak boleh belajar. Tergantung keinginan sendiri nak mencari ilmu. And its so not me. Tak tau la. Hopefully lepas ni aku menjadi lebih baik..Amin...

Nak story kisah ni. Aku jaga Kamar bayi. Best super. Tak tau lah kenapa aku menjadi seperti ini. Terlalu excited dengan bayi-bayi yang masuk ke Kamar Bayi ni tak kira bayi lahir spontan ke, SC ( cesarian section ) ke, vacum ke, pokoknya baby. Macam naluri suka terhadap budak kecik ni dah ada dalam diri aku. Dah bersedia kah aku??? haha.. Wake up!!!

Selama ni tengok TV cita pasal bayi kembar berbelas2 lah.. sampai cukup wat team bola. Tapi kali ni depan mata aku, lahir ke dunia ini kembar 3. Suma perempuan. And salah satunya bayi yang aku follow up setiap hari. Kecik.. Comel je.. Haha..Ada satu hari tu datang JOGJA TV, salah satu stasiun TV di Jogja, membuat liputan tentang bayi tu. Kecik-kecik ko dah femes wahai bayi-bayi kecil..hehe.. Aku kat sana suka sangat dukung baby. Sebab sakit telinga dengar derang nangis. Sian.. Bila dukung, derang diam.. Sampai residen cakap, "war,kalo ntar malam bayinya nangis, aku telpon kamu ya...".. haha..sori dok, pengen....hehehe.. Penah je kena tegur ngan perawat sana. "udah punya anak ya?".. "ga kok.." "trus punya keponakan anak kecil?".."ga juga mbak".. sambil berfikir ada sebenanya tapi tak selalu jumpa.. "tapi kayaknya udah mahir gendong bayinya ya.."... aku tersiput-siput..dalam hati,"kan betul dah ready.."hehehe..



Ni pulak kisah tak berapa best. Pasal Malaysia Indonesia punya isu. Kenapa selalu dibangkitkan?Media massa sini bahlol,bangang dan bodoh. Adakah kerana wang, derang sanggup tengok 2 negara bergaduh?Bodoh kan?? Isu kecik suka sangat dibesarkan. Pasal tarian la,pulau la,rendang la,cendol la..Mane bukti ini milik sape??? Ada ke sesapa ada resepi rendang kat umah derang yang dah berumur beratus2 tahun?? Aku emosi la ngan kadaan ni. Tak pernah-pernah habis. Sampai Staff pun dok compare-compare student Malaysia. Kata kitorang pemalas la,apa la. its ok...Akan aku buktikan..!!

Sunday, August 23, 2009

Kisah si Gagat

Minggu pertama aku menjejak kaki di Department Anak, terus aku ditugaskan di Bangsal Kartika. Salah satu bangsal non infeksi selain Bangsal Melati 4. Kat bangsal ni, kebanyakan pasien didiagnose dengan penyakit Hematologi seperti contoh, acute lymphocytic leukemia, acute myeloblastic leukemia, thalassemia dan sekawan dengannya. Seperti biasa setiap department besar, satu KOAS ditugaskan follow up pasien mengikut pembahagian sendiri.

Pasien aku ada 2 on the first day. Ada adik ni dengan varices esophagal. Yang satu lagi agak kompleks. Meningeal leukemia dengan acute lymphocytic leukemia, meningoencephalitis, keratitis, paralyse N III & VI dengan gambaran Bell's Palsy. Kompleks kan? Kesian derang ni terutama pasien ku yang kompleks. Walaupun mungkin dah selalu diperiksa sebab die dah admit 80 hari, die tetap bagi kerjasama ngan aku. Everything nak periksa, tanya dia, mesti die cuba untuk menjawab walaupun susah. Hope kalian cepat sembuh.

Among pasien bangsal itu, ada seorang budak ni yang sangat unik berbanding lain. Nama dia ada kat title entri kali ni. Dia terdiagnose dengan Nephrotic Syndrome resistant steroid. Kenapa unik? Nanti kita saksikan bersama. Adik ni, untuk 3 hari pertama, tak layan kitorang langsung. Then masuk hari keempat, kedatangan kitorang dia sambut dengan senyum. Susah nak tengok dia senyum sebab muka dia edema. Kalo time dia berjalan, bole nampak gaya bos/ taiko siot. Dengan perut nya yang boroi bukan sebab boroi perut aku. Boroi die sebab ada cairan dalam abdomen (ascites). Lucu la pokoknya.

ni la Gagat waktu memula kitorang kat sini

taraaaa..ni Gagat bila dah ok. Albumin dia dah normal. Unik kn??


Satu lagi, seorang adik kecil umur die lupa sebab bukan pasien aku. Nama dia adik Intan. Comel gila. Serius. Pipi tembam namampos. Die ni la yang wat kitorang rindu gila ngan Kartika. Lagi-lagi kalo dengan tidak sengajanya dia senyum. Comeyyyy... Ada sekali tu, Nia (pemegang pasien ini) meminta tolong aku untuk ukur tekanan darah dia sebab time Nia wat, die nangis. Bila aku wat, aku berjaya. Cuma dia kasi hadiah berupa air kencing time aku tensi dia. Sian bapak dia. heheh.

aku dengan Intan

Satu lagi, Adik Jeni dengan Rabdomyosarcoma. Datang sebab nak chemotherapy. Sangat-sangat hyperactive. Memula aku kat situ, dia tak berapa layan aku sangat. Yela, orang baru kot. Time dah penghujung minggu, baru la macam member. Mereka-mereka ni la yang wat aku terasa rindu ngan Kartika.

Minggu ni sebenarnya aku di Bangsal Melati 2. Entah kenapa, kami seperti mencari alasan untuk ke Kartika. Ye... Kami ingin menjenguk adik-adik ini. Yang terbaru, tadi malam aku jaga (on call) di situ. Dah takda lagi suasana meriah di situ. Adik Gagat ngan adik Jeni dah pulang. Adik Intan di ruang isolasi sebab dia rentan infeksi. Yang mengharukan, rupanya hari jumaat b4 balik, aku jumpa adik Jeni kat koridor poli Bedah. Dia cakap ke aku, "Dok, hantarin aku ke atas (bengsal Kartika)". Aku sebenarnya nak cepat sebab dah nak Jumaatan. Tapi dia paksa dengan menarik kuat tangan aku. So, aku hantarlah dia ke bangsal. Rupanya aku baru tau yang dia dah nak balik. So, tula terakhir aku jumpa dia. Hope dia cepat sembuh. Next week aku luar kota. Sleman. Mesti rindu gila dengan Kartika yang dihuni pasien-pasien yang happening.

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah.Dah sukses hari pertama berpuasa. Puasa tahun ni sedikit berbeza dengan tiga tahun sebelum ni. Apa taknya, tahun ni kali pertama aku berpuasa sambil KOAS. Sememangnya sangat-sangatlah penat dibanding sebelum ni. Apa taknya, puasa aku tahun ni aku lalui sambil rotasi kat Department Anak. Salah satu department super penat sepanjang KOAS. Ditambah lagi tahun ni, wat kali pertamanya aku akan berpuasa di luar kota jogja. Sleman dan Magelang.

Penatnya sedikit ditambah dengan tugas Jaga (on call). Sebagai contoh, semalam je aku kena jaga bangsal dari pukul 2ptg - 7 pg. Oleh kerana terlalu penat, terlepas aku untuk bersahur. Cuma bukak mata, then hanya mampu mengalih badan dan sambung tidur, menunggu masa untuk next balance cairan walaupun ternyata paginya Residen R1 dah mencuri tugas itu dari kami.

Apapun kesibukan yang akan aku lalui for then next 29 days, aku harap aku akan lalui dengan penuh kesabaran. Ramadhan tahun ni diharapkan akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Apa yang tak aku dapatkan sebelum ni, harapnya dapat aku jumpa.

Untuk teman-teman yang mengenali aku, aku memohon maaf sebanyak-banyaknya kalo aku ada wat salah ngan kalian. Mungkin itu niat dari hati ataupun tanpa aku ketahui. Kalo ada hutang-hutang yang aku tak ingat, halalkan la yer. haha. Apa taknya. Biarlah aku mulai bulan suci ini dengan membersihkan diri aku dulu.

Salam Ramadhan untuk semua.

Thursday, July 30, 2009

guilty


Haritu semangat gila nak setelkan Department Saraf. Result dah kua,so kena la setelkan all stuff yang nak di hantar ke SMF Saraf. Laporan harian: check! Buku nilai: check! Lembar checklist Ujian: check! Surat bebas perpus: check! Buku biru: shit!!! adus...takde..dengan gelabah mencari. Alhasil aku nampak card2 yang Fira kasi ke aku. Lama gila tak baca. Yela,Fira selalu datang sini. Terfikir lama gak sebenarnya aku tak balik Malaysia. Aku homesick..

Sebenarnya tengah dok counting bila la aku bole balik Malaysia. Macam bebudak sekolah asrama plak aku rasa. Arghh... Apa aku pedulik. Aku nak balik gak. Tapi bulan 10 yang terdekat. Sekarang kat Department Radiologi. Takdala terlalu sibuk cuma tak tau kenapa ngan diri aku lately. Mungkin sibuk berfikir Department-department yang akan aku lalui lepas ni Berturut-turut department berat. Anak, DV, Anastesi, Forensik, Interna, K3M.. direct dari 10 Aug sampai 10 Apr. 8 bulan woooo... Itu tanpa ada cuti. Dengan puasa and Aidilfitri, aku habiskan kat sini.. Arghhh... strez!!!!

Belum boleh fikir lagi Raya tanpa lemang, takde ketupat, no kue tart...adoi.. Jauh namampos gue fikir.. Puasa pn belum lagi.

Sekarang ni belum sibuk sangat pun aku dah tak bole kawal diri. Tak tau kenapa ngan aku. Menjadi terlalu sensitif. Macam perempuan. Entah la. Si dia menjadi mangsa. Kalo aku nak lepaskan pun ke dia gak.

I hope u bole faham i. Even i tau i sendiri kena faham u kat sana. Sori sangat sebab lately layan u camtu. Emosi tak berapa nak stabil. Mengalahkan orang datang bulan.




Saat ku pejamkan kedua mataku

Dan kubayangkan
Di sampingmu
Kurasakan slalu
Hangatnya pelukmu Itu

Dan ku genggam lembut
kedua tanganmu
Seakan takut kehilanganmu
Kuingin selalu hatimu untukku

Tak ada yang bisa menggantikan dirimu
Tak ada yang bisa membuat diriku
Jauh darimu

Tak ada yang bisa menggantikan dirimu
Tak ada yang bisa menggantikan cintamu
Tak ada yang bisa menggantikan hatimu
Tak ada yang bisa membuat diriku
Jauh darimu...

Friday, July 24, 2009

konflik dalam diri


Kenapa ngan aku?kenapa ngan aku dalam 2 minggu terakhir ni? aku sendiri tak faham. Strez ke aku?macam tak je.tapi apa aku wat,ada je tak kena.

Aku ada masalah yang sebenarnya aku tak tau ke?masalah cinta?masalah perasaan?masalah belajar?masalah mengingat?masalah tidur yang banyak?masalah tidak boleh konsentrasi ngan apa benda yang aku wat?

Mengikut naluri,instinct,perasaan,macam iya..aku tak tau.kenapa dengan aku?aku jeles melihat orang lain hebat?aku iri melihat orang lain berubah status hidup padahal aku masih dengan status ini?aku bengang dengan orang yang mampu duduk belajar tapi aku tidak mampu?

Sungguh konflik diri aku sekarang. Aku perlu seseorang. Tapi seseorang itu sibuk dengan FACEBOOK.kenapa aku di nomorduakan oleh sesuatu yang namanya facebook?

"Dari baca facebook mending baca textbook",kata Dr Cempaka Thursina.

Adakah mungkin akan ada sesuatu yang sangat baik menanti di hadapan?Kuatkan hamba mu ini Ya Allah..

Wednesday, July 15, 2009

kisah teman aku

Tak ingat aku bila aku dapat cerita dari teman aku yang satu ini. kira macam curhat la kisah cinta dia. tetibe entah dari mane aku dipilih jadi lokasi tempat keluar perasaan die.

Dia cita ke aku pasal GF dia. ape katenye?? Kate die.." ada ke patut GF aku cakap camni ke aku??" lorh ape GF die cakap??

"Dulu dia kate, kalo bab kawen, time aku nak, tapi GF aku xnk, aku kena tunggu sampai dia nak.."

Dah tu aku tanya la balik ke membe aku.. so apa masalah lu beb..

Membe aku jawab.."lepas tu, aku tanya plak GF aku. Kalo time GF aku nak tapi aku belom sedia or xnak camne plak..??"

Aku pon tanya la lagi."ape jawapan GF ko??"

"Itu tanda kita takde jodoh," member aku meniru gaya GF dia jawab..

Bila dengar jawapan tu,aku terfikir.. Perempuan sekarang ni makin lama makin aneh. Ada gak perempuan camtu kan?? Patut la kuasa perceraian tu ada kat tangan lelaki.. Yela..secara logik nya, dari cerita tadi dah tunjuk bahawa perempuan ni sangat susah wat pertimbangan..

Harap perempuan-perempuan yang membaca tak jadi seperti itu. Jadikan pengajaran. Kenkadang, setiap tindakan tu kena fikir bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri..

Harap kamu bukan seperti itu...
 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket