Monday, March 30, 2009

Membuang Masa

Ni la die, aktiviti penganggur di negara orang. Terlalu bohsan dengan kehidupan yang tidak berfaedah membuatkan kami memilih satu kegiatan yang boleh dikatakan berfaedah. Jalan-jalan mencari pengalaman. Apa guna duduk negara orang tapi tak merantau semua tempat kn? So, inilah aktiviti kami. Trip to Kebumen. Mane ek lokasi die? Kalo dari Jogjakarta, kira-kira 3 jam perjalanan menaiki Pregio. Kira macam van boleh muat 11 orang penumpang lah. Nak tau je mane kitorang pergi? Lets check it out.


Benteng Vander Wijck

Nama je dah aneh. Ye memang, ni adalah benteng yang dibina oleh Belanda pada zaman pemerintahan derang kat Indonesia. Dibina pada tahun 1818. Dalam benteng ni sendiri adanya asrama untuk tentera Belanda. Serius aku teringat time aku belajar kat Kolej Sultan Abdul Hamid. Sipi-sipi la kondisi dalam benteng ni ngan keadaan kat kolej tu. Haha..

Pintu depan benteng.

Ni bukan penjara.

Real kereta kebal. Dah berkarat pun.

Aku cari gak gedung perpisahan tapi tak jumpa.
Gua Jatijajar

Next stop kitorang adalah gua ni. Gua ni agak aneh sebab dikatakan kita akan mulai perjalanan dari ekor naga dan akan kua ikut mulut naga. Itulah yang kitorang lalui. Dalam gua ni dah cantik sebab dah ada sedikit renovation and decoration. Bukan sikit sebenarnya. Haha. Dah macam terowong dalam gua. Damn beautiful. Serius. Siap ada air terjun tau.

Ni kot ekor naga

Siap ada jambatan gantung dalam gua lagi.

Katanya tempat tuan puteri mandi.

Taraaa. Mulut Naga. Hambik kau..

Gua Petruk

3rd destination still gua jugak. Kali ni kitorang sangatlah kena struggle untuk sampai ke gua ni. Dah macam naik Batu Caves. Tangga dia mencanak gak nak naik. Gua ni memang betul-betul nampak macam gua. 1st time aku masuk gua yang macam ni. Terpegun gak aku tengok keindahan ciptaan Tuhan yang satu ni. Kat dalam gua ni jugak ada air terjun. Yang uniknya, air terjun dia tak macam air terjun yang selalu kita tengok. Air dia jernih dan mengalir dekat satu batu white colour. Bayangkan satu kadaan yang gelap dan kita nampak batu putih diairi oleh air jernih. Unik kan? Tapi tujuan aku ke sini tak sampai sebenarnya. Ada matlamat aku tak tercapai. Mengikut kata orang, ada tempat dalam gua ni derang panggil bilik payudara. Ikut gamba pun, ada satu kawasan dalam tempat ni, stalaktit die bentuk payudara. Berhajat gak nak bergambar kat kawasan tu, tapi hajat tak sampai. Masa dan kelelahan mencemburui. Kata bapak guide tu, kena jalan kedalam lagi 200-300 meter. Tak dapat la. Penat seh..

Muka-muka letih

Konon semangat nak masuk. Tapi agenda tak kesampaian.

Pantai Ayah

Last destination seprti biasa, pantai. Pantai ni ada muara yang menjadi sempadan cilacap dan kebumen. Macam sungai golok la. Kat sini, kitorang mandi-manda, main omb ak yang agak besar since pantai ni menghadap laut lepas. Seperti biasa, kalo kat pantai, mesti la pekena seafood. Kalo ada fira, mesti best. Minah ni gila seafood. Sempat gak la naik motorboat meredah muara yang menjadi sempadan tu. Surrounding die menarik. Bukit-bukau sekeliling dia macam 'wow'. Tapi tak sempat nak capture. Haha..

Kanak-kanak riang

Di atas motorboat. Credit to gana.

YOGYA

p/s: abaikan tarikh kat gambar-gambar di atas. Kamera Has sengal.

0 comments:

 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket