Friday, June 5, 2009

perang minda

Serabut kepala dengan kadaan yang terjadi kat sini. Bukak je tV, asik-asik keluar kisah Manohara Odelia Pinot. Tukar channel je, lagi-lagi muka dia. Orang sini kata, cun. Aku tengok takde la cun mana pun kalo nak banding tunang aku. Tapi kua kat tv macam Perempuan Indonesia Pertama menang miss World. Sape seh minah ni. Oleh dek sebab dia la, mahasiswa Malaysia sering dijadikan mangsa nasionalisme.

Aku bukan la nak menyokong mana-mana pihak. Nanti nampak aku pulak terlalu nasionalisme. Perang pulak negara yang dah jalin hubungan berpuluh-puluh tahun ni. Mana yang betul, aku tak tahu. Masing-masing pihak membawa cerita tersendiri. Bergantung kepada individu yang memilih untuk memihak yang mana.

Seperti yang dah aku tegaskan tadi, orang sini itu sendiri yang cepat membuat keputusan. Belum ada apa-apa bukti, nak menyalahkan Malaysia. Semua hal berkaitan Malaysia diburuk-burukkan. Yang paling obvious memprovokasi tak lain tak bukan Si Daisy, orang tua Manohara. Yang kasihan tu kami mahasiswa di sini. Pergi ke mana je, tak habis-habis Manohara di seksa.. "Orang Malaysia memang suka menyeksa ke?" kata salah seorang manusia warga sini.

Hati aku ni sakit. Apa taknya. Orang Indonesia ni terlalu significant ngan keluarga aku. Dari orang gaji sampai pekerja Abah aku. Rata-rata orang Indonesia. Pernah Mak ngan Ayah aku seksa derang?? Tak pernah sama sekali. Hatta makan pun satu meja. Kalo pergi mana-mana, ole-ole untuk derang tak pernah pun lupa. Sampai kalo datang Indonesia, dipelawa pulak datang ke rumah. Tu pasal aku sakit hati bila aku dilayan yang ngak-ngak. deym rite??

Apapun, aku tak la sampai membenci orang Indonesia macam sesetengah pihak. Masih ada yang baik untuk dipandang. Dalam minggu ni je, banyak dipertemukan ke aku, orang-orang Indonesia yang baik-baik.

a) Penjual Sandal
Dia tau aku orang Malaysia. Aritu dia letak harga 35k. Aku tawar 25k. Dia cakap, 15k je sebenarnya. Jujur sungguh.

b)Perawat Bedah di Klaten
Kalo pertama kali orang jumpa dia,mesti orang ingat die Staff Bedah. Tapi sebenarnya dia perawat. Sanggup tanya Dr Roman mewakilkan aku. Sampai carikan baju operasi untuk aku supaya aku boleh masuk berjumpa Dr Roman. Aku sanjung kebaikan dia. Very soft spoken.

c)Dr Sunoko
Bukan nak kipas-kipas. Mungkin terkadang beliau ini nasionalisme. Tapi aku tabik cara penanganan dia terhadap pasien. Seboleh-bolehnya diagnosis secara klinis tanpa bantuan pemeriksaan penunjang. Kata beliau, kasihan pasien mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak perlu.

Banyak lagi sebenarnya manusia yang nak aku tulis. Cuma tak ingat bakti mereka terutama ke aku bukan hanya dari segi ilmu. Bila aku sedikit diperli tak kiralah soal MAnohara ataupun cerita pasal Ambalat, mereka-mereka di atas inilah aku ingat. Bukti bahawa tak suma orang Indonesia itu sama.

0 comments:

 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket