Sunday, August 23, 2009

Kisah si Gagat

Minggu pertama aku menjejak kaki di Department Anak, terus aku ditugaskan di Bangsal Kartika. Salah satu bangsal non infeksi selain Bangsal Melati 4. Kat bangsal ni, kebanyakan pasien didiagnose dengan penyakit Hematologi seperti contoh, acute lymphocytic leukemia, acute myeloblastic leukemia, thalassemia dan sekawan dengannya. Seperti biasa setiap department besar, satu KOAS ditugaskan follow up pasien mengikut pembahagian sendiri.

Pasien aku ada 2 on the first day. Ada adik ni dengan varices esophagal. Yang satu lagi agak kompleks. Meningeal leukemia dengan acute lymphocytic leukemia, meningoencephalitis, keratitis, paralyse N III & VI dengan gambaran Bell's Palsy. Kompleks kan? Kesian derang ni terutama pasien ku yang kompleks. Walaupun mungkin dah selalu diperiksa sebab die dah admit 80 hari, die tetap bagi kerjasama ngan aku. Everything nak periksa, tanya dia, mesti die cuba untuk menjawab walaupun susah. Hope kalian cepat sembuh.

Among pasien bangsal itu, ada seorang budak ni yang sangat unik berbanding lain. Nama dia ada kat title entri kali ni. Dia terdiagnose dengan Nephrotic Syndrome resistant steroid. Kenapa unik? Nanti kita saksikan bersama. Adik ni, untuk 3 hari pertama, tak layan kitorang langsung. Then masuk hari keempat, kedatangan kitorang dia sambut dengan senyum. Susah nak tengok dia senyum sebab muka dia edema. Kalo time dia berjalan, bole nampak gaya bos/ taiko siot. Dengan perut nya yang boroi bukan sebab boroi perut aku. Boroi die sebab ada cairan dalam abdomen (ascites). Lucu la pokoknya.

ni la Gagat waktu memula kitorang kat sini

taraaaa..ni Gagat bila dah ok. Albumin dia dah normal. Unik kn??


Satu lagi, seorang adik kecil umur die lupa sebab bukan pasien aku. Nama dia adik Intan. Comel gila. Serius. Pipi tembam namampos. Die ni la yang wat kitorang rindu gila ngan Kartika. Lagi-lagi kalo dengan tidak sengajanya dia senyum. Comeyyyy... Ada sekali tu, Nia (pemegang pasien ini) meminta tolong aku untuk ukur tekanan darah dia sebab time Nia wat, die nangis. Bila aku wat, aku berjaya. Cuma dia kasi hadiah berupa air kencing time aku tensi dia. Sian bapak dia. heheh.

aku dengan Intan

Satu lagi, Adik Jeni dengan Rabdomyosarcoma. Datang sebab nak chemotherapy. Sangat-sangat hyperactive. Memula aku kat situ, dia tak berapa layan aku sangat. Yela, orang baru kot. Time dah penghujung minggu, baru la macam member. Mereka-mereka ni la yang wat aku terasa rindu ngan Kartika.

Minggu ni sebenarnya aku di Bangsal Melati 2. Entah kenapa, kami seperti mencari alasan untuk ke Kartika. Ye... Kami ingin menjenguk adik-adik ini. Yang terbaru, tadi malam aku jaga (on call) di situ. Dah takda lagi suasana meriah di situ. Adik Gagat ngan adik Jeni dah pulang. Adik Intan di ruang isolasi sebab dia rentan infeksi. Yang mengharukan, rupanya hari jumaat b4 balik, aku jumpa adik Jeni kat koridor poli Bedah. Dia cakap ke aku, "Dok, hantarin aku ke atas (bengsal Kartika)". Aku sebenarnya nak cepat sebab dah nak Jumaatan. Tapi dia paksa dengan menarik kuat tangan aku. So, aku hantarlah dia ke bangsal. Rupanya aku baru tau yang dia dah nak balik. So, tula terakhir aku jumpa dia. Hope dia cepat sembuh. Next week aku luar kota. Sleman. Mesti rindu gila dengan Kartika yang dihuni pasien-pasien yang happening.

1 comments:

Unknown said...

ko pun da terer bahasa indonesia

 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket