Wednesday, July 8, 2009

Pilpres LANJUTKAN

Hari ni adalah hari libur. Ooops.. bahasa melayu panggil cuti. Orang KL panggil holiday. Tapi kat Indonesia je la.. Kenapa plak Rabu cuti?? Memperingati MJ ke?? Harijadi Agong ke??Cuti khas bebudak KOAS ke?? Haha..Sume salah..

Hari ni PILPRES (Pilihan Presiden). Yup.. Hari di mana seluruh rakyat Republik Indonesia diberi kuasa untuk memilih Presiden mereka sendiri. Nampak gila Demokrasi mereka. Ketua negara dipilih oleh rakyat. Sangat-sangat berbeza dengan di Malaysia di mana Perdana Menteri dipilih di kalangan parti yang menang..

Serba sedikit tentang Politik Indonesia ek?? Di sini, kalo pilihanraya tu akan diadakan sama seperti Malaysia iaitu setiap 5 tahun. Tapi bezanya di sini ialah, diadakan 2 kali pilihanraya. Pilihanraya Legislatif ( sama macam Malaysia) plus Pilpres ( Pilih Presiden ).Pilpres ni, biasanya tergantung pada pemimpin Parti yang menang time pilihanraya Legislatif.

Aku bagi sedikit skenario tahun ini.. Ada calon Megawati-Prabowo (PDI-P-Gerindra), SBY- Boediono ( Demokrat-unknown) ngan JK-Wiranto ( Golkar-Hanura). Paham tak? Kira kalo bab-bab cari Presiden ngan Wakil Presiden, dah takde label Parti. Solid dari pilihan Rakyat.. Demokrasi gila kan?? haha.. inilah Indonesia..

Aku sebenarnya baru je tengok Quick Count kat Trans7. Haa.. lupe plak..biasanya,time Pilpres ni, pasangan yang dilabel pemenang bila hasil pilihan lebih dari 50%. Kalo menurut hasil akhir Quick Count tadi,dah nampak sape pemenang..Hasilnya...

SBY-BOEDIONO (60,21% last tengok tadi la)

So, secara rambangnya sebelum hasil rasmi dikeluarkan KPU, next Presiden Indonesia untuk 5 tahun kedepan masih SBY ( Susilo Bambang Yudoyono)

LANJUTKAN!!!

2 comments:

Qurban Bogor said...

ada juga orang malaysia yang paham pasal pemilu (pemilihan umum)/ pilihan raya diIndonesia hahaha...

amzo said...

yup..nama pon tinggal kat indonesia,at least tau..tu kan better..tau proses pemilihan kat negara orang..

 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket