Tuesday, July 14, 2009

2 tahun sudah...

Apa yang dah 2 tahun?? ye...belom pernah di buat orang.. tapi itulah yg dah berlaku.. ye saya..anda betul.. Hari ni genap 2 tahun kami bertunang. Kes jarang di kalangan manusie kn?? Tapi saya dah lalui..

5 tahun kami berkenalan, dah 2 tahun kami bertunang. Terlalu banyak dah kami kongsi bersama. Happy, kecewe, sedih, terperanjat, sakit hati, bahagia dan boleh dikatakan every feeling yang ada dalam dunie ni dah kami kongsi bersama.. She's such a very special person i know.

Ramai yang tanya "bila lagi nak kawen?" hurm.. Kalian tunggu je la ye.. macam lama lagi. yela,abis belajar belom lagi,keje belom stat lagi plus duduk pn berjauhan.. bak kata Fira yang sering aku ulang-ulang, "i bukan kawen untuk ditinggalkan tau.." So that was one of the reason we're not married yet.. haha.. alasan boleh pakai kn???

Apapun, doakan jodoh kami berpanjangan.. Orang kata masa bertunang ni la masa paling super-duper kritikal bagi setiap pasangan. hurm.. im totally agree with that. yela.. cuba bayangkan je skang ni macam ne..dah la masa sangat kritikal. dengan dok berjauhan lagi. Banyak sangat dah dugaan yang jadi. Hanya rasa sayang, percaya dan memerlukan yang rasanya membuat kami bertahan. Doakan jodoh kami panjang, dijauhkan dari dugaan, jauhkan dari anasir-anasir pengganggu, ditetapkan kesabaran antara kami dan diselamatkan segalanya...

Andra & The Backbone – Sempurna

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa


kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


NEVER TO PART

p/s : Happy birthday to Ahmad Farhan Al Karim.. hahaha..sama tarikh aku bertunang...

Wednesday, July 8, 2009

Pilpres LANJUTKAN

Hari ni adalah hari libur. Ooops.. bahasa melayu panggil cuti. Orang KL panggil holiday. Tapi kat Indonesia je la.. Kenapa plak Rabu cuti?? Memperingati MJ ke?? Harijadi Agong ke??Cuti khas bebudak KOAS ke?? Haha..Sume salah..

Hari ni PILPRES (Pilihan Presiden). Yup.. Hari di mana seluruh rakyat Republik Indonesia diberi kuasa untuk memilih Presiden mereka sendiri. Nampak gila Demokrasi mereka. Ketua negara dipilih oleh rakyat. Sangat-sangat berbeza dengan di Malaysia di mana Perdana Menteri dipilih di kalangan parti yang menang..

Serba sedikit tentang Politik Indonesia ek?? Di sini, kalo pilihanraya tu akan diadakan sama seperti Malaysia iaitu setiap 5 tahun. Tapi bezanya di sini ialah, diadakan 2 kali pilihanraya. Pilihanraya Legislatif ( sama macam Malaysia) plus Pilpres ( Pilih Presiden ).Pilpres ni, biasanya tergantung pada pemimpin Parti yang menang time pilihanraya Legislatif.

Aku bagi sedikit skenario tahun ini.. Ada calon Megawati-Prabowo (PDI-P-Gerindra), SBY- Boediono ( Demokrat-unknown) ngan JK-Wiranto ( Golkar-Hanura). Paham tak? Kira kalo bab-bab cari Presiden ngan Wakil Presiden, dah takde label Parti. Solid dari pilihan Rakyat.. Demokrasi gila kan?? haha.. inilah Indonesia..

Aku sebenarnya baru je tengok Quick Count kat Trans7. Haa.. lupe plak..biasanya,time Pilpres ni, pasangan yang dilabel pemenang bila hasil pilihan lebih dari 50%. Kalo menurut hasil akhir Quick Count tadi,dah nampak sape pemenang..Hasilnya...

SBY-BOEDIONO (60,21% last tengok tadi la)

So, secara rambangnya sebelum hasil rasmi dikeluarkan KPU, next Presiden Indonesia untuk 5 tahun kedepan masih SBY ( Susilo Bambang Yudoyono)

LANJUTKAN!!!

Tuesday, July 7, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Melly Goeslaw feat Amee- Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta



sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
Cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

*jodoh



Sempat jugak aritu tengok cerita ni. Fira la sibuk nak tengok. Since aku tak pernah tengok, layan la berdue. Actually, cerita die best. Pelakon baru kot yang wat cerita ni agak kaku.. Plus ada to be continued lagi.. Bagi orang yang baca buku ni, mungkin tak aneh rasanya sebab memang buku die ada dua episode...

"Haram bagi seorang lelaki melamar dia atas lamaran lelaki lain"... selalu kata benda ni kat Fira..

Ada one part pasal poligami. Pempuan tu meletakkan syarat sebelum menikah kepada lelaki yang melamar dia. "tidak boleh bagi lelaki itu mendua, mentiga atau mengempatkan nya selagi pempuan tu boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri". Ditanya ke perempuan "adakah ini menunjukkan anda mengharamkan poligami?". Dijawab ke lelaki, "mana ayat haram yang die sebut dalam penyataan dia tadi? boleh anda poligami tetapi silakan dengan wanita yang lain yang boleh menerima hal itu." Siap kua kitab lagi..

Ada lagi satu scene ni.."memberi peluang orang lain merebut cinta kita ke seseorang itu lebih-lebih lagi ke arah ibadat hukumnya makruh". Memandangkan pernikahan itu satu ibadat dan jika kita macam kasi can saudara kita yang lain masuk line sebab nak jaga hati, dah jadi makruh hukum dia..

Ni sedikit apa yang aku belajar time tengok cita tu. Kira bukan kosong la aku tengok. Ada input ilmu gak. Bercahaya aku tengok mata Fira time scene poligami tu. InsyaAllah kalo jodoh kita panjang, buat la syarat macam tu. i tak kesah. itu hak seorang wanita..

*menulis sambil teringat kenangan kamu di sini....

Thursday, July 2, 2009

Trip to Bandung...again

Haa...akhirnya, ada gak masa nak update apa yang aku wat pada sisa-sisa cuti aku. Sibuk ngan kisah 32 jam aku dok dalam train,dengan bermacam-macam aktiviti yang unexpected lagi, membuat aku all out time kat bandung. Menggila menangkap gamba. Tetiba rasa macam pro gila amik gamba. haha..

Sebenarnya takda benda nak update sangat. Just nak bia gamba yang berbicara. Alang la ni... Sibuk sangat nak aku upload gamba banyak-banyak.. Soh tengok facebook takmo. Nak ga via blog..ok.. tengok la pepuas sambil mengawal jealousy anda ya..hahaha..

hari pertama dah shopping..Pasar baru

bez kalo tangkap gamba depan FOS..bes-bes..

Malam pn nak gak pi FOS

Tangkuban Perahu


syok makan strawberi kat tempat tinggi lagi sejuk








aku suka gila gamba ni..

Gamba fevret Fira




Abis dah..banyak lagi gamba tapi rasanya cukup la untuk menceritakan kisah kami bercuti di Bandung. Lenkali kita jalan lagi. Alang nak join???

Wednesday, June 24, 2009

my journey begin

Dalam hitungan jam je, aku dah nak memulakan perjalanan aku merangkap menguji kekuatan aku untuk ke bandung. Apa taknya, journey 32jam yang aku sibukkan tu akan aku mulai malam ni. Train dari jogja tepat 1110 malam ni. Dalam hati sebenarnya aku takdelah rasa macam bermasalah cuma dek pikir aku akan ulang-alik ke bandung macam dari rumah pergi midvalley plak.

Belom cukup ngan penat,aku kena pikir lagi soal exam Sabtu nanti. Apa lah yang akan Prof Armis tanya. Kena la aku berlatih cakap omputeh dalam train. Plus kena la aku study dalam train. Gila skema siot. haha. Kena wat, bia ada ikhlas, baru ilmu masuk..insyaAllah..

Apa perkara pertama aku nak wat besok kat Bandung??? Memula, kena check in hotel. Nak usha kadaan bilik dulu. After that, nak pergi mencari mall terdekat. If im not mistaken hotel tu dekat ngan Bandung Indah Plaza. tapi tak sure. Kalo tak,kena la aku ringankan kaki pergi Paris Van Java.

Ko nak watpe pergi mall pepagi bute???haaa...aku nak tunggu mall bukak,aku nak beli tiket movie Transformers: Revenge of the fallen. Ni sume abang punye pasal la. Dok sibuk nak tengok transformers plak. Ceit.. Abis beli tiket, barulah tunggu kat airport. Pkul bape derang sampai pon den dah lupe..hahaha.. Kena cek airasia balik.


K la..need to pack. tak packing pape pon lagi. Hadoi.. Doakan saya selamat and sukses ujian ya...

Monday, June 22, 2009

Kenangan Terindah

Bohsan dengan aktiviti harian aku for this two weeks. Last week should be my exam weeks. For Department Bedah only. Sepatutnya aku maju kes hari Selasa last week. Antara orang terawal gak la yang setelkan all the materials for amik ujian. Guess wat? Tunda beb dis Saturday. Hangin sungguh satu badan saya. Dah la maju ngan Prof Armis. Orang kata, cakap English je. Cnfirm marks wallaaa.. tp memandangkan aku sedar diri, still gak kena ad ilmu kalo nak ujian. Dia ni Specialist Orthopaedics. Tp ada Sp B.. Specialist Bedah Umum.. So, dengan ini, kena la aku study all the disease dalam bedah. Banyak woo...

Banyak la masalah sebenarnya. adoi... Cuba pikir. Exam dis Saturday. This Thursday Abang, Athirah and Hajar sampai Bandung. So, aku kena bergerak ke Bandung on Wednesday night which the journey take almost 8 hours. Then, Jumaat plak kena balik ke Jogja. Kat situ je tak dapat amik Fira. Another 8 hours. Then Sabtu exam..bengkak pale,ngan letih lagi..adoi.. After that,petang kena pergi Bandung semula.. 8 jam lagi.. Ahad malam, dah kena bergegas semula ke jogja since the next day nya dah masuk Depatment Neurology. Tambah lagi 8 jam.. Bape jam saya dalam train?? Approximately 32 hours.. lebih sehari.. aku akan super duper penat.. Takpela.. Pengalaman punya pasal..hahaha.. Tapi takpe.. Fira stay Jogja until Wednesday.. Die cuti.. Balik Malaysia pn bukan watpape..

Ok.. Now nak tmbah sikit story.. A few days back, aku macam dikelilingi banyak kenangan. i mean kenangan tyme skola rendah.. Aku skang dah digelar manusie SOMBONG oleh mereka-mereka. Ye.. i admit it. Mungkin aku tak pandai cara masa. Lagi satu, aku tak dapat follow story-story yang korunk bawak. Kena la aku update sendiri ngan Sheeda.. Banyak gak cite-cite yang aku tak tau. Ikmal dah ngan Raihanah. An plak keje temporary.. So, i should take my own inisiative untuk tau pasal hal-hal yang jadi kat sana. Aku still ingat korunk. Spice Boys la, study Group la, wat pecah pinggan magkuk kat umah ikmal la, sume aku ingat lagi.. cuma takde masa nak cita balik benda-benda tu ngan korunk.. haha.. emosional pehal aku ni.. Sengal...

InsyaAllah, aku selesai hal aku kat Indonesia ni, aku nak sangat hang out sekalian ngan korunk.. lame dowh tak kua sama..

Friday, June 5, 2009

perang minda

Serabut kepala dengan kadaan yang terjadi kat sini. Bukak je tV, asik-asik keluar kisah Manohara Odelia Pinot. Tukar channel je, lagi-lagi muka dia. Orang sini kata, cun. Aku tengok takde la cun mana pun kalo nak banding tunang aku. Tapi kua kat tv macam Perempuan Indonesia Pertama menang miss World. Sape seh minah ni. Oleh dek sebab dia la, mahasiswa Malaysia sering dijadikan mangsa nasionalisme.

Aku bukan la nak menyokong mana-mana pihak. Nanti nampak aku pulak terlalu nasionalisme. Perang pulak negara yang dah jalin hubungan berpuluh-puluh tahun ni. Mana yang betul, aku tak tahu. Masing-masing pihak membawa cerita tersendiri. Bergantung kepada individu yang memilih untuk memihak yang mana.

Seperti yang dah aku tegaskan tadi, orang sini itu sendiri yang cepat membuat keputusan. Belum ada apa-apa bukti, nak menyalahkan Malaysia. Semua hal berkaitan Malaysia diburuk-burukkan. Yang paling obvious memprovokasi tak lain tak bukan Si Daisy, orang tua Manohara. Yang kasihan tu kami mahasiswa di sini. Pergi ke mana je, tak habis-habis Manohara di seksa.. "Orang Malaysia memang suka menyeksa ke?" kata salah seorang manusia warga sini.

Hati aku ni sakit. Apa taknya. Orang Indonesia ni terlalu significant ngan keluarga aku. Dari orang gaji sampai pekerja Abah aku. Rata-rata orang Indonesia. Pernah Mak ngan Ayah aku seksa derang?? Tak pernah sama sekali. Hatta makan pun satu meja. Kalo pergi mana-mana, ole-ole untuk derang tak pernah pun lupa. Sampai kalo datang Indonesia, dipelawa pulak datang ke rumah. Tu pasal aku sakit hati bila aku dilayan yang ngak-ngak. deym rite??

Apapun, aku tak la sampai membenci orang Indonesia macam sesetengah pihak. Masih ada yang baik untuk dipandang. Dalam minggu ni je, banyak dipertemukan ke aku, orang-orang Indonesia yang baik-baik.

a) Penjual Sandal
Dia tau aku orang Malaysia. Aritu dia letak harga 35k. Aku tawar 25k. Dia cakap, 15k je sebenarnya. Jujur sungguh.

b)Perawat Bedah di Klaten
Kalo pertama kali orang jumpa dia,mesti orang ingat die Staff Bedah. Tapi sebenarnya dia perawat. Sanggup tanya Dr Roman mewakilkan aku. Sampai carikan baju operasi untuk aku supaya aku boleh masuk berjumpa Dr Roman. Aku sanjung kebaikan dia. Very soft spoken.

c)Dr Sunoko
Bukan nak kipas-kipas. Mungkin terkadang beliau ini nasionalisme. Tapi aku tabik cara penanganan dia terhadap pasien. Seboleh-bolehnya diagnosis secara klinis tanpa bantuan pemeriksaan penunjang. Kata beliau, kasihan pasien mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak perlu.

Banyak lagi sebenarnya manusia yang nak aku tulis. Cuma tak ingat bakti mereka terutama ke aku bukan hanya dari segi ilmu. Bila aku sedikit diperli tak kiralah soal MAnohara ataupun cerita pasal Ambalat, mereka-mereka di atas inilah aku ingat. Bukti bahawa tak suma orang Indonesia itu sama.
 


"A Road To Remember" © 2008. Design by: Pocket